Mummy - Farrel - Daddy
Mummy AND Daddy
ULASAN TELAH DINYAHAKTIFKAN UNTUK KESELESAAN SEMUA PEMBACA
SIAPA HAJJAH SITT AL-WUZARA???
• PEREMPUAN
• 26 TAHUN
• NAMA SEBENAR: NOR ARLENE TAN BTE KHALID
• BUKAN MELAYU, BUKAN CINA & BUKAN JUGA INDIA
• CAMPURAN (CINA+MELAYU)
SHE IS BEING ACTIVE IN...
• A MEMBER OF MALAYSIAN APOSTATE FB GROUP
• A MEMBER OF UNSCIENTIFIC MALAYSIA (A GRUP/FANPAGE THAT’S DEDICATED TO SUPPORTING APOSTATE, ATHEIST MOVEMENT)
• A MEMBER OF MALAYSIAN ATHEIST, FREETHINKER, AGNOSTIC AND THEIR FRIENDS
• A MEMBER OF FRIENDLYATHEIST.COM
Walaupun anak kita baru berusia seawal Satu Tahun lebih dan masih belum pandai bercakap, sememangnya dia sudah faham apa yang kita cakap.
Contonya macam Farrel Aqeef.
Masuk kereta terus tarik tali pingan keledar.
Duduk diam2 kat kerusi penumpang kerana aku yakin dia akan terjerit2 dengan bahasa perancisnya yg amat sukar aku fahami kalau dia diletakkan dalam baby seat!
Semoga amalan di alam sekarang akan kekal dan memakai tali pinggan keledar dapat mengelakkan kecederaan yg lebih parah.
Pengalaman Kemalangan Dengan memakai tali Keledar.
1. Tahun 2002 6am
Memandu dari Terengganu ke Johor dan terlibat kemalangan di Batu Pahat mengelakkan lori keluar simpang dan masuk dibawah lori. Disebabkan kelajuan aku dapat melepasi bawah lori tersebut tetapi berakhir melanggar pokok hiasan ditepi jalan. Putra188 kenangan ku hancur tetapi aku terselamat MUNGKIN disebabakan tali keledar.
2. Tahun 2004 balik kerja 11pm
Dalam hujan renyai2 aku amat konfiden memandu laju kerana suspension kereta sport lebih stabil dan selamat. Tetapi malam tu aku lupa yg paginya aku baru tukar sportrim baru dan tayar amat nipis.dengan kelajuan hanya 100kmj aku layan selekoh biasa tanpa apa2 perasaan tetapi kereta ku berpusing dan jatuh teping bergolek2 bkn dari kiri ke kanan ttp dari depan kebelakang. Kereta tak dapat diselamatkan tetapi aku terselamat tanpa sebarang luka MUNGKIN kerana tali keledar.
Selepas kejadian itu aku jadi pemandu berhemah. Alhamdulillah sehingga kini tiada lagi kemalangan teruk dan semoga kekal begitu selamanya.
P.S walaupun ke kedai runcit yg jaraknya hanya 500meter aku masih memakai tali pinggan keledar.
Gambar ini dirakan sebelum kejadian tanah runtuh berlaku. Mereka ketika ini sedang berlatih nasyid. Tengok la wajah anak-anak kecil yang berserban dan berjubah. Mereka pergi selama-lamanya menemui Allah Yang Esa.
Al Fatihah.
EHSAN SAHABAT BLOG.
Tq.
Entri Tanpa Gambar... Hehe Hehe
Trip ke Bandung Bersama Isteri tercinta dan 2 lagi Teman Baik Ku.
KENANGAN KARAOKE DI BANDUNG:
Malam Kedua di kota Bandung.
Bila kaki karoke dapat ruang dan peluang utk karoke(koke) di negeri orang pong ok...
nak dijadikan cerita aku dapat rezeki terpijak semasa nak pergi makan malam di D-COST berhampiran hotel kami menginap ( Hotel Aston Jalan Braga ). so aku offer la Isteri akuni nak p karoke tak? aku belanja semua. apa lagi... serta merta tanpa sempat lalat start enjin, belum sempat nyamuk pasang siren, dan belum sempat kunang-kunang pasang hazard dia menjawab NAK-NAK-NAK...
Makan malam tu semua aku belanja maklumlah dapat rezeki terpijak. MAHAL TU makan malam tu, dekat 280,000 utk 4 orang makan. hehe hehe tapi lepas convert duit Malaysia hehe hehe berapa hengget jerk... Ni nak citer pasal makan ke pasal koke??? Ok, Balik pada citer koke tadi. lepas makan kami p la cari tempat koke. atas tulis KARAOKE... cantik2 ni lah tempat nye... Kami pun nak masuklah ke dalam. di Pintu depan ada 2 org bonzer, Rileks jerk... senyum .... macam orang indon... eh dah memang dia org indonesia... tak kan nak nampak macam org arab lak kan.
Rupanya dia senyum sebab Isteri aku ni pakai tudung... hehe hehe... nape pakai tudung tak leh koke ke???? nak naik angin niiiiiiiiiiiii.... tapi dia tak cakap apa pong perasaan aku dalam hati jerk, hehehe.... lepas kami masuk pekerja dia terus panggil manager ... Pak, ini tourist dari Malaysia mau Karoke... Manager dia terus datang dan terangkan... suasana kat hall dia suaram2 so tak clear sangat pemandangan aku... minimum 3 jam, satu jam 100,000 dan disebabkan kami dari Malaysia dan First time datang tempat dia, dia bagi DISKON 50,000 sary jam dan tiga jam baru 150,000. Dengan bangganya kami setuju. Masuk jerk bilik koke tu pergh mak oi nenek sayang ku kat kampunggggggg, BESAQNYE kata org kedah. Ni kalau kat malaysia dah macam bilik VIP nehhhh satu jam RM300. Dia test sound, dah boleh buat concert nehhhhh, softfffff memang best... Dia Onkan Projector ... perghhhh pakai projektor yer pak sangggeh nehhhh. Kat malaysia pakai touch screen pak kat sini pakai tetikus yer, gimana ini??? dia pong ajarlah aku cam mana nak guna dan cammana nak oder F&B sekali kat situ. aku dengan bangganye test itu tekan ini buat2 pandai....
Kami pong pilihlah lagu...
Pergh banyak betul list nye... tapi selepas 15 minit mencari dan mencari travel sana search sini klik atas tekan bawah gode-gode kami pong menjerit... semua lagu INDONJAWA... gimana ini??? nak tak nak kami pong jadilah artis INDONESIA, dengan bangganya dan angggggkat dada aku pilih lagu radja unggu st12 brorieeeee marantika ... dan sewaktu dengan nye INUL ROSSA KD MARSHANDA versi malaysia semua keluar... gimana ini??? nak habiskan 3 jam!!!! nak tak nak semua lagu kami BEDAL... ROBBIE WILLIAM, MLTR, ROXETTE, SCORPION dan taj apa-apa lagi semua kami sebatttttttttttttttttttttt.
LEpas 1 jam suara dah hampir serak minuman yang diorder tadi dah abis. aku p toilet... Mak OIIIIIIIIIIIIIIIIIIII santeknye , putih betol awek indon jawa neh... dalam lampu suram2 tu leh nampak betapa piutihnye diaeeeeeeeeeeeeeeeeee. macam mana tak nampak putih kalau dah pakai bikini malam2 buta. bukan sorang, bukan 2 tapi berpuluh2 tengah lepak kat BAR... rupanya bilik kami kat depan kat belakang ni aku tak tahulah apa nama tempatnye... LUMAYAN kata org jawa.... Aku buat2 tak nampak... terus jalan p tandas...
keluar tandas dah ada yang tunggu. MAS, KAROKE YER, MAU DITEMANIN? terbeliak mata aku kejap. maklumlah dia pakai bra ngan skirt macam tak pakai apa2... JARANG BETOLLLLLLL... dengan selamba aku menjawab... NAK MAMPOS BINI AKU KAT DALAM!!!!! oh, dari malaysia yer. engak apa2 saya boleh nemanin dia sekali. katanyeeeeee. GILO APO!!! kataku.... dia terus pegang bahuku dan picit2 manja... BOLEH yer Mas.... Aku terus cabut... yang lain semua pandang pada aku dan senyum, aku boleh nampak dia senyum sebab nampak gigi... heheheheheheehe
Aku masuk bilik koke terus diam dan ambik mic dan nyanyi lagu apa entah aku bedal jerk padahal tu bukan lagu aku pilih pong... hehehe cover macam tak ada apa yang berlaku... lepas tu kau citer ngan bini aku... dia terus tak bagi aku p toilet lagi... pastu aku gelak terbahak2. CEMBURU EHHHHHHH...
cukup 3 jam lepas kaki keatas menonggeng berguling dan macam2 aksi lagi nak cukupkan masa. aku pong klik BILL kat screen koke tu aku keluar semua dah ready... 288,000 aje pak karaoke dan makanan. aku bayo 300,000 dan dengan berlagaks nye aku cakap chep de kennnnn ... dia tak paham. aku ulang bakinya disimpan aje... dia tak mahu dan tetap pulangkan baki. aku ambik dan bagi pada bonzer kat depan.
Jam hampir pukul 1 waktu malaysia anggaran pukul 12 malam waktu indonesia barat.
OKLAH tu, pasni kalau rajin aku sambung lagi...
KUALA LUMPUR: “Selama membesarkan dia, saya tak pernah terfikir yang dia tergamak membuang ibu sendiri,” rintih seorang ibu yang kini hidup merempat sejak enam bulan lalu selepas ‘dibuang’ anak perempuan tunggalnya akibat penangan cinta lelaki Iran.
Ibu itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ani, 47, kini menumpang berteduh di rumah rakan dan berpindah-randah dari satu kediaman ke kediaman lain di Seremban, Negeri Sembilan serta Selayang di sini, dengan hanya membawa lima helai pakaian.
“Saya tidak menumpang lama di rumah orang dan berpindah-randah dari rumah rakan ke rumah rakan lain selepas tinggal dua atau tiga hari. Saya tidak ada sesiapa dalam hidup ini. Selepas suami meninggal dunia pada 2008, hanya anak perempuan tunggal itu yang menjadi tempat saya bergantung.
“Namun, perkenalannya dengan seorang lelaki Iran menerusi Internet mengubah hidup saya. Saya dihambat lelaki itu keluar dari rumah manakala anak pula langsung tidak peduli, malah ‘menghiris’ hati saya apabila sanggup meminta saya pergi jauh daripada hidupnya,” katanya yang ditemui, semalam.
Menurutnya, sebelum ini keluarganya hidup bahagia, malah perkahwinan anak perempuannya dengan seorang lelaki tempatan menghadiahkannya seorang cucu lelaki.
“Saya tidak bekerja, tetapi mujur arwah suami meninggalkan sedikit wang dan sebuah kereta kepada saya.
“Begitu juga dengan anak perempuan saya, dia berkahwin dan mempunyai kerja yang baik dengan gaji antara RM7,000 hingga RM8,000 sebulan. Dia juga membeli sebuah apartmen di Subang Jaya dan meminta saya tinggal di situ selepas kematian suami saya,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, hidupnya musnah selepas anaknya jatuh cinta dengan seorang pelajar sebuah kolej swasta warga Iran berusia 25 tahun kira-kira dua tahun lalu.
“Demi pelajar kolej swasta itu, anak saya sanggup meninggalkan suami, berhenti kerja dan duduk serumah dengan lelaki itu.
“Dia berubah, nasihat saya dibalas dengan kata-kata kesat, malah kunci apartmen miliknya yang menjadi tempat tinggal saya ditukar apabila saya keluar ke rumah rakan selepas dimintanya atas alasan kawan kekasihnya yang datang dari Iran mahu menumpang sementara waktu,” katanya.
Ani berkata, ketika cuba bertanyakan mengapa kunci ditukar, lelaki Iran terbabit menghalaunya keluar dari apartmen itu di depan anaknya dengan alasan dia cuba mengganggu kehidupan mereka.
“Saya tidak ada sesiapa di dunia ini kecuali anak saya. Dia nyawa dan jiwa saya, tetapi semuanya musnah sekelip mata disebabkan orang asing.
“Kereta milik saya juga dilelong bulan lalu kerana bayaran ansuran tertunggak dan sejak Jun lalu, saya menumpang ihsan rakan, tetapi berapa lama boleh berteduh di rumah orang menyebabkan saya sering berpindah-randah selepas beberapa hari.
“Mungkin satu hari nanti, saya terpaksa tinggal di bawah jambatan kerana tidak memiliki apa pun, sudahlah tiada harta, anak kesayangan pula membuang saya,” katanya.
Metro Isnin 10-01-11
You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "