BLOGGER TEMPLATES AND Google Homepages »

Nak Beli SUSU Anak, Klik Sini

Kotak CB

Trend Menginap Di Hotel Ketika Balik Kampung Dikesali


Trend anak-anak menginap di hotel dan resort apabila pulang ke kampung menziarah ibu bapa yang semakin menular dikhuatiri boleh merencatkan institusi keluarga.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali berkata, sikap sedemikian tidak wajar dalam tradisi Melayu kerana ia mungkin mengguris perasaan kedua ibu bapa dan sanak-saudara.
Katanya, walaupun ibu bapa tidak pernah menyuarakan kekesalan atas perbuatan sikap sedemikian, ia sebenarnya menjejaskan hubungan dan suasana kerana waktu bersama mereka akan semakin terbatas.
"Apabila anak-anak sudah berjawatan dan sekali-sekala pulang ke kampung, mereka lebih gemar tinggal di hotel dan bukan lagi di rumah di mana mereka dibesarkan," ujarnya. Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) daerah Besut di Dewan Sivik Jabi kelmarin.

Ramlan berkata, apa yang berlaku menunjukkan pentingnya sikap tanggungjawab, disiplin dan kesedaran tentang sikap menghormati orang-orang tua ditekankan kepada anak-anak sejak kecil. "Walaupun mereka berjaya menjadi seorang pelajar cemerlang tetapi mereka juga mempunyai tanggungjawab terhadap kedua ibu bapa dan janganlah melukakan hati mereka ini," katanya.

Justeru, Ramlan berkata, anak-anak perlu diberi didikan dan kesedaran tentang tanggungjawab sebagai seorang anak kepada kedua ibu bapanya dan juga peranan yang perlu dimainkan dalam masyarakat sejak kecil lagi.

Teganuku..segalanya di sini.. by TEGANUKU on 4/04/11

Gomorianz @ BUIHRIANZ

Blok Paling Best

GENG GOMO

Banner

Banner Gift From MIALIANA.COM