Sultan Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah selamat tiba dengan pesawat khas di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di Kuala Terengganu pada kira-kira 2.02 minit petang semalam.
Keberangkatan balik baginda berdua ke Terengganu adalah bersempena tamatnya tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.
Sebelum itu, baginda berdua yang diiringi Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, menaiki pesawat yang diiringi dua jet pejuang Sukhoi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Ketibaan baginda berdua disambut oleh anakanda Tengku Muhammad Ismail yang juga Pemangku Sultan Terengganu serta ahli kerabat diraja Terengganu yang lain.
Turut menyambut ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah, ketua-ketua jabatan dan pemimpin masyarakat negeri.
Kira-kira 15,000 rakyat jelata daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk penjawat awam, warga institusi pengajian tinggi dan golongan pelajar bertumpu ke jalan raya dari lapangan terbang hingga ke Istana Maziah sejauh kira-kira 16 kilometer bagi menyambut baginda berdua.
Sejurus tiba, Sultan Mizan memeriksa barisan kehormat yang terdiri daripada tiga orang pegawai dan 103 anggota 18 Rejimen Askar Melayu Diraja yang berpangkalan di Kem Seberang Takir di Kuala Terengganu.
Serentak itu, tembakan meriam 21 das dilepaskan.
Baginda berdua tiba di Istana Maziah jam 3.15 petang untuk majlis santapan petang yang dihadiri kira-kira 300 jemputan.
Selesai majlis santapan, pasangan diraja itu menerima mengadap Menteri Pengiring, Ahmad Shabery untuk balik semula ke Kuala Lumpur.
Baginda berdua kemudian berangkat balik ke Istana Nadirah, Batu Buruk, kira-kira jam 5.10 petang.
Aturcara sambutan keberangkatan balik Sultan Mizan dan Tuanku Nur Zahirah berlangsung tiga hari iaitu semalam, Rabu dan Jumaat ini.
Pada Rabu ini, Sultan Mizan dan Tuanku Nur Zahirah akan berangkat ke Istiadat Penghadapan di Istana Maziah kira-kira jam 8.30 pagi yang dijangka dihadiri kira-kira 600 tetamu.
Manakala, pada Jumaat, baginda Sultan Mizan akan berangkat mencemar duli merasmikan Masjid Sultan Ismail di Chendering (sebelum ini dikenali Masjid Diraja) kira-kira jam 12 tengah hari.
Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 yang akan berkuatkuasa esok (13 Disember) untuk tempoh lima tahun.
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V pula dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama.
Sultan Mizan, Tuanku Nur Zahirah Selamat Pulang ke Terengganu
Labels: Artikel, Kapal Terbang
Tragedi Berdarah : Somalia
PUTRAJAYA: Presiden Somalia Sharif Sheikh Ahmed menyampaikan ucapan takziah dan kekesalan beliau atas kematian Jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor, yang terbunuh kerana tembakan peluru sesat di Mogadishu pada Jumaat. Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata ucapan takziah itu disampaikan oleh presiden berkenaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pemimpin Somalia itu menghubungi Najib. Anifah berkata kerajaan Somalia juga memberi jaminan untuk menjalankan siasatan dan laporan yang menyeluruh berhubung insiden pahit tersebut. -Bernama
misteri Pokok Di Afrika Selatan
BAHAGIANYA DIA - SALLEH YAAKOB DAN ISTERINYA (4)
Percutian Salih Yaacob dan ahli keluarganya ke Beijing berjalan dengan lancar mengikut apa yang dirancang. Meskipun perbelanjaan dianggarkan sekitar RM50,000... namun ia amat berbaloi bagi Salih yang bernikah kali keempat baru-baru ini.
Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Tak gitu??
(KATA MYARTIS- KLIK TAJUK UTK GAMBAR PENUH)
RM10,000.00 Utk setiap seorang skuad Penyu
Datuk Seri Ahmad Said berucap di hadapan kira-kira 10,000 orang yang meraikan kemenangan Terengganu bagi Piala FA di Dataran Shahbandar semalam. - Gambar Harith Fadzilah.
Skuad bolasepak Terengganu yang menjuarai Piala FA, menerima ‘durian runtuh’ berupa wang tunai RM10,000 setiap seorang daripada kerajaan negeri, sebagai ganjaran kemenangan tersebut.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata imbuhan itu merupakan ganjaran tambahan kepada para pemain dan pengurus pasukan skuad berkenaan yang sebelum ini dijanjikan hadiah berupa lawatan ke London jika mereka memenangi piala tersebut.
Selain itu, setiap pemain juga akan diberi hadiah berupa komputer riba hasil sumbangan Syarikat Top IT, sebagai penghargaan kepada mereka yang telah mengharumkan nama negeri ini.
Beliau menyatakan perkara itu pada majlis meraikan pemain Piala FA dan atlet Sukma di Dataran Shahbandar, malam semalam.
Hadir sama, Penasihat Undang-Undang, Noorbahri Baharuddin; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Abdul Razak Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Rozi Mamat; Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh dan Ketua Kontijen Sukma Terengganu, Datuk Wan Ahamad Wan Muda.
Terengganu melakar sejarah apabila menjuarai Piala FA setelah menewaskan pasukan Kelantan 2-1 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.
Menteri Besar mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang bertungkus lumus berusaha bagi meningkatkan kecemerlangan pemain pasukan bola sepak dan atlet Terengganu
Cerita Karoke di Bandung (MESTI BACA)
Entri Tanpa Gambar... Hehe Hehe
Trip ke Bandung Bersama Isteri tercinta dan 2 lagi Teman Baik Ku.
KENANGAN KARAOKE DI BANDUNG:
Malam Kedua di kota Bandung.
Bila kaki karoke dapat ruang dan peluang utk karoke(koke) di negeri orang pong ok...
nak dijadikan cerita aku dapat rezeki terpijak semasa nak pergi makan malam di D-COST berhampiran hotel kami menginap ( Hotel Aston Jalan Braga ). so aku offer la Isteri akuni nak p karoke tak? aku belanja semua. apa lagi... serta merta tanpa sempat lalat start enjin, belum sempat nyamuk pasang siren, dan belum sempat kunang-kunang pasang hazard dia menjawab NAK-NAK-NAK...
Makan malam tu semua aku belanja maklumlah dapat rezeki terpijak. MAHAL TU makan malam tu, dekat 280,000 utk 4 orang makan. hehe hehe tapi lepas convert duit Malaysia hehe hehe berapa hengget jerk... Ni nak citer pasal makan ke pasal koke??? Ok, Balik pada citer koke tadi. lepas makan kami p la cari tempat koke. atas tulis KARAOKE... cantik2 ni lah tempat nye... Kami pun nak masuklah ke dalam. di Pintu depan ada 2 org bonzer, Rileks jerk... senyum .... macam orang indon... eh dah memang dia org indonesia... tak kan nak nampak macam org arab lak kan.
Rupanya dia senyum sebab Isteri aku ni pakai tudung... hehe hehe... nape pakai tudung tak leh koke ke???? nak naik angin niiiiiiiiiiiii.... tapi dia tak cakap apa pong perasaan aku dalam hati jerk, hehehe.... lepas kami masuk pekerja dia terus panggil manager ... Pak, ini tourist dari Malaysia mau Karoke... Manager dia terus datang dan terangkan... suasana kat hall dia suaram2 so tak clear sangat pemandangan aku... minimum 3 jam, satu jam 100,000 dan disebabkan kami dari Malaysia dan First time datang tempat dia, dia bagi DISKON 50,000 sary jam dan tiga jam baru 150,000. Dengan bangganya kami setuju. Masuk jerk bilik koke tu pergh mak oi nenek sayang ku kat kampunggggggg, BESAQNYE kata org kedah. Ni kalau kat malaysia dah macam bilik VIP nehhhh satu jam RM300. Dia test sound, dah boleh buat concert nehhhhh, softfffff memang best... Dia Onkan Projector ... perghhhh pakai projektor yer pak sangggeh nehhhh. Kat malaysia pakai touch screen pak kat sini pakai tetikus yer, gimana ini??? dia pong ajarlah aku cam mana nak guna dan cammana nak oder F&B sekali kat situ. aku dengan bangganye test itu tekan ini buat2 pandai....
Kami pong pilihlah lagu...
Pergh banyak betul list nye... tapi selepas 15 minit mencari dan mencari travel sana search sini klik atas tekan bawah gode-gode kami pong menjerit... semua lagu INDONJAWA... gimana ini??? nak tak nak kami pong jadilah artis INDONESIA, dengan bangganya dan angggggkat dada aku pilih lagu radja unggu st12 brorieeeee marantika ... dan sewaktu dengan nye INUL ROSSA KD MARSHANDA versi malaysia semua keluar... gimana ini??? nak habiskan 3 jam!!!! nak tak nak semua lagu kami BEDAL... ROBBIE WILLIAM, MLTR, ROXETTE, SCORPION dan taj apa-apa lagi semua kami sebatttttttttttttttttttttt.
LEpas 1 jam suara dah hampir serak minuman yang diorder tadi dah abis. aku p toilet... Mak OIIIIIIIIIIIIIIIIIIII santeknye , putih betol awek indon jawa neh... dalam lampu suram2 tu leh nampak betapa piutihnye diaeeeeeeeeeeeeeeeeee. macam mana tak nampak putih kalau dah pakai bikini malam2 buta. bukan sorang, bukan 2 tapi berpuluh2 tengah lepak kat BAR... rupanya bilik kami kat depan kat belakang ni aku tak tahulah apa nama tempatnye... LUMAYAN kata org jawa.... Aku buat2 tak nampak... terus jalan p tandas...
keluar tandas dah ada yang tunggu. MAS, KAROKE YER, MAU DITEMANIN? terbeliak mata aku kejap. maklumlah dia pakai bra ngan skirt macam tak pakai apa2... JARANG BETOLLLLLLL... dengan selamba aku menjawab... NAK MAMPOS BINI AKU KAT DALAM!!!!! oh, dari malaysia yer. engak apa2 saya boleh nemanin dia sekali. katanyeeeeee. GILO APO!!! kataku.... dia terus pegang bahuku dan picit2 manja... BOLEH yer Mas.... Aku terus cabut... yang lain semua pandang pada aku dan senyum, aku boleh nampak dia senyum sebab nampak gigi... heheheheheheehe
Aku masuk bilik koke terus diam dan ambik mic dan nyanyi lagu apa entah aku bedal jerk padahal tu bukan lagu aku pilih pong... hehehe cover macam tak ada apa yang berlaku... lepas tu kau citer ngan bini aku... dia terus tak bagi aku p toilet lagi... pastu aku gelak terbahak2. CEMBURU EHHHHHHH...
cukup 3 jam lepas kaki keatas menonggeng berguling dan macam2 aksi lagi nak cukupkan masa. aku pong klik BILL kat screen koke tu aku keluar semua dah ready... 288,000 aje pak karaoke dan makanan. aku bayo 300,000 dan dengan berlagaks nye aku cakap chep de kennnnn ... dia tak paham. aku ulang bakinya disimpan aje... dia tak mahu dan tetap pulangkan baki. aku ambik dan bagi pada bonzer kat depan.
Jam hampir pukul 1 waktu malaysia anggaran pukul 12 malam waktu indonesia barat.
OKLAH tu, pasni kalau rajin aku sambung lagi...
Jom tengok Konsert...
Cara Parking
Gomorianz @ BUIHRIANZ
-
YB-YB Tolong Baca dan Hadam - Harapkan pingat tak dapat Harapkan projek tak dapat Semua tak dapat takpa ...tak kisah... Tapi kawan2 semua yang ada cuma minta satu saja.. Dulu kita kerajaa...6 years ago
-
Keadaan di Padang Mahsyar dan Telaga al Kausar. - بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Assalamualaikum W.b.t Diceritakan pada hari kiamat nanti, datang berbilion-bilion manusia dihadapan ...11 years ago
-
-
Vocation !! - Vocation !!: assalamualaikum, hye olls.!! lepas berhempas pulas...: assalamualaikum, hye olls.!! lepas berhempas pulas bersabung nyawa berkerat tulang berpr...12 years ago
-
-
TESTIMONI PRODUK SNE - ASSALAMUALAIKUM SEMUA... HARI NI CP NAK TUNJUK BEBERAPA GAMBAR TESTIMONI PRODUK NI... *SEKARANG CP JUGA TENGAH CUBA PRODUK NI. AL...12 years ago
-
NO EARS !!! - A guy walks in for his interview. The interviewer asks, "Whats the first thing you notice about me?" The guy responds, "Why, You don't have any ears." Int...13 years ago
-
Gadis 19 tahun dilanggar, culik dan dirogol dalam kereta proton - SABAK BERNAM: Perjalanan pulang dua beradik ke rumah selepas membeli kad prabayar berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka dirogol dalam kereta...13 years ago
-
Tshirt- Done - Baju tshirt GRFM dah siap.. Nak bungkus baju dulu.. so harap korang bersabar... Insyaallah akan pos setelah siap membungkus... tengok pic baju dulu k....13 years ago
-
Jemputan Meraikan Cinta - Salam... Cik Mawar Ingin Menjemput kawan2 blog, ke majlis Persandingan mawar Pada : 27 November 2011 ( Ahad) Beralamat : NO 1183 FELDA KERATONG 5. 26900 BA...13 years ago
-
JOM JADIK GENG GOMO - DISINI BERKUMPOLNYA BLOG2 GENG GOMO FM. NAK JADIK GENG GOMO FM MUDAH JER.KORANG HANYA PERLU MELETAKKAN MANA2 SATU WIDGET GOMOFM SAMAADA PLAYER RADIO. CHAT ...13 years ago
-
aKu SaNg PeNjiWang CinTa - Cinta yang dilahirkan dengan perasaan tidak akan menemui kebahagiaan. Sebaliknya ia akan memamah diri hingga menjadi tulang-temulang yang tidak berguna......13 years ago
-
24 Jam Tanpa Henti - *24 Jam Ruangan Chat Gomo.Fm Aktif* *BERITA GOMO* Kuching : Sungguh tak disangka,krew pemberita malam tadi melihat perjalanan ruangan chat gomo.fm ...14 years ago
-
Rozita Rohaizad - So Simple Yet Elegant - "At the opening of the play, the audience was mesmerised by the vocals of theatre first-timer Rozita Rohaizad, daughter of legendary actress Mariani, when ...14 years ago
-
Kek 'Divorce' ?? - Setahu Apple kek hari jadi ke.. kek kahwen je.. tp ade gak kek untuk 'Divorce '.. eeee.. dasyat nyeeee.. hehehehhee... ape2 pun memang pelik... Tpi UNIC. ...14 years ago
-
Entry Aku :D - macam2 benda berlakuaku tak faham n aku tersepit elok2 kita nk maju...elok2 kita nk bersama...knp nak spoil tahukah anda..dlm satu orginasasi perlu ada team ...15 years ago
-
Seandainya Aku Suamimu - *...dan dimalam pertama itu aku akan berwuduk bersama mu, sujud pada yang memberi rahmat. Bersimpuh bersamamu dalam curahan kasih sayangNya. Dan dikesyahd...15 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Blok Paling Best
-
Ke Mana MPKK? Menteri, KPLB DiMinta Cari Formula Baharu - *"Kita kena fikir kaedah lain yang bersesuaian sebab perkara ini melibatkan urusan pentadbiran di peringkat kampung agar tiada salah guna kuasa mahupun p...6 years ago
-
selera serumah - nah.. semakin maju. semakin mundur. kenapa ? kita rasa kita maju ke hadapan. sebab kita rasa kita dah buat habis baik. untuk hidangan penonton tersayang. ...7 years ago
-
Pasal Toujours Advanced Collagen Shots - Oke hai. Berasa sangat terpanggil nak update belog pasal Toujours Advanced Collagen Shots sebab TERLALU RAMAI yang terpengaruh dan cuba dan puas hati, TAP...10 years ago
-
Assalamualaikum - Hampir dua tahun tak update blog ni. Saya pun tak jenguk2 blog ni. Ingatkan trafic turun merudum tapi masih bertahan. Rasa bersemangat balik nak update. Se...11 years ago
-
Testimoni Everlynn - Hi uolls... Hampir 2 bulan saya gunakan Everlynn Skincare n hasilnya sgt memuaskan. Dulu nak keluar kena pakai foundation.. now bila nak pergi kerja just p...13 years ago
-
Dermafal - klik : ---> DERMAFAL Memperkenalkan produk baru yg boleh menggantikan Placenta Vitamin E Softgel iaitu Dermafal - Placenta Serum Complex with Vitamin E ...13 years ago
-
Banner
