BLOGGER TEMPLATES AND Google Homepages »

Nak Beli SUSU Anak, Klik Sini

Kotak CB

Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

OGAWA - Mobole XE RM450.00


SEMALAM AKU BELI DENGAN HARGA : RM 450

semasa OGAWA Promotion di Tebrau City

mahal ke ok ke murah ???



DESCRIPTION SPECIFICATIONS


Product Name : OGAWA Mobile Seat XE
Product model : OZ 0918
Voltage : A.C. 100 – 240v D.C. 12v •
Frequency : 50~60Hz
Power consumption : 60W
Timer given : 15 minutes
Weight Product gross weight : 115kg
Product net weight : 97kg
Dimensions (L x W x H) 760mm x 165mm x 470mm
Weight Gross Weight : 7.1kg
Net Weight : 5.07kg
Usage Condition Environment temperature : 10°C - 40°C
Contrast humidity : 30RH – 85RH
Storage Condition Storage temperature : 20°C - 60°C
Contrast humidity level : 30RH – 85RH
Safety feature Equipped with overheated and power surge for safety protection
Using benefits
Increase blood circulation
Relieving muscular fatigue
Relieves pressure and tensi


Important info GSM awareness




Sekadar Berkongsi Maklumat

SENI / ART




Jom P Mancing

Sapa nak ikut i p mancing...

i ada bot...
bot i cantik...
boleh baring2...
boleh posing2...

pat...
sape nak ikut i p mancing...

MAHARAJA LAWAK : Sakit usus bontot aku menahan GELAK


JOZAN : PEBERET TEAM
SEPAH : PEBERET TEAM GAK
JAMBU : KAHKAH KAHKAH JAMBU... AKU UNDI GAK KO JAMBU...
NABIL : PEBERET AKU GAK NI...
TAMAK TOL AKU NIH....
SEMUA AKU NAK UNDI...
NASIB BAIK BUKAN MACAM PRU...
KALAU TAK GERENTI DAH JADI UNDI ROSAK....
KAHKAH KAHKAH KAHKAH

Nafsu yang SOMBONG

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama menceritakan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau."

Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
"Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?".
Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud :
"Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri.

Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?".
Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya.
Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?".

Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahwa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi binasa.


Wallahu'alam.

Makanan Oh Makanan... Manusia Oh Manusia






Pulau Bulan Bintang


The REAL Tattoo











Surat Cinta Roker Sejati

Surat Cinta Seorang Rocker's sejati..

Kehadapan awekku,Amacam awekku? Lu orait ke? Wa harap lu ok-ok je..

Awekku, gua telah membaca surat lu tempohari. Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua terhadap lu bukan main. Lu ingat gua main-main ke? Cintan gua mendalam very deep you know! very deep purple! Lu tak perasan ke?

Apa yang kurangnya gua ni? Cuba lu cakap! Gua ni tak cukup hensem ke? Atau lu sudah ada balak lain? Lu sound gua beb! Mentang-mentang lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang?!! Setakat mat despatch, kalau lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jadi cikgu tapi tak dapat. Bukan pasal gua takde kelayakan tapi tadika kemas jarang amik cikgu lelaki. Lagipun jiwa gua lebih kepada seni. Tiket konsert gua semua habis jual! Sebab tulah gua jadi tukang jual tiket konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu tak offer kat onglain.

Gua memang betul-betul tak puas hati ni! Lu memang bikin gua panas! Sampai hati lu buat macam ni kat gua setelah apa yang gua dah kasik kat lu. Lu ingat gua ni apa?!!

 

Awekku, lu ingat tak dulu sewaktu lu & gua first time jumpa? Masa tu hujan. Lu takde payung. Lu lari pegi kat bus stop. Lu basah kuyup. Kesian pulak gua tengok lu kesejukan. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. Start tulah lu & gua sama-sama sudah feeling-feeling. Gua ingat lagi lagu "antara gadis" masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu. Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public. Lu tak ingat ke? Ke lu dah lupa?!!

Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo! Janganlah buat gua macamni! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah! Janganlah kerana besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. Gua tau sapa gua. Gua memang macamni, rocker sejati! Lu pun tau sapa gua. Dulu lu takdepun macam ni. Lu tak kisahpun! Lu layan selamba je. Tapi kenapa sekarang lu berubah? Nampak je gua rocker tapi gua pun beriman jugak, beb! Sembahyang jumaat tak tinggal wo!

Lu pikirlah sindri, beb! Gua dah curahkan segala-galanya kat lu. Gua dah sound mak bapak gua nak meminang lu. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai. Gua buat modal nak kawin dengan lu. Cayalah cakap gua! Gua tak tipu! Betul cakap lu! Gua harap lu pikirlah baik-baik, beb! Gua dah takde awek lain lagi. Lu sorang jelah yang gua cinta. Awek lain gua usya diorg tak layan gua cakap lu! Gua tak tipu! Betul punya cakap lu!

Akhirkata dari gua, kenang gua dalam doa makan malammu. Semoga lu berbahagia, beb!.. chow..!

 Yang Benar,Rockersejati...

Mat rock yg lara..

-----

KAH_KAH_KAH

(kepada yang BERPUASA sila hilighttttt dulu sebelum baca)

kepada yang tak puasa memang boleh terus baca


heheheheehehehehehe

Rahsia Air

1. Amalkan byk minum air masak suam. Amalkan juga minum sekurang2nya satu gelas air masak suam setiap kali sebelum tidur dan setiap pagi sebaik bangun dpd tidur. Amalkan juga berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w semasa minum di waktu pagi ini.

2. Amalkan minum air setengah jam sebelum makan, jangan minum air semasa makan. Selepas makan peruntukkan sekurang2nya 2 jam sebelum minum air (kalau boleh ler). Ini dikatakan dpt mengelakkan kita dpd perut buncit.

3. Elakkan dpd mandi malam. Selain dpd mudah terdedah kpd penyakit paru2 berair ia juga mengelakkan kita dpd mudah terkena penyakit lenguh2 tulang.

4. Jgn gunakan air bertakung yg terkena panas matahari utk mencuci muka. Ini dikatakan akan menyebabkan pigmentasi, panau, jeragat pd kulit.

5. Utk menghilangkan sedu, minum byk air diikuti selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w.

6. Utk menghilangkan sakit tekak, selain dpd minum air rendaman kembang semangkuk, cuba embunkan air masak semalaman dan minum keesokan harinya. Insya-allah sakit tekak akan berkurangan.

7. Selain dpd air biasa, air bilasan beras juga ada gunanya. Utk mengelakkan muka dpd timbul jeragat, amalkan membilas muka dgn air bilasan beras yg kedua.

8. Bagi mereka yg mengalami penyakit keputihan, cuba amalkan minum air bilasan beras yg kedua setiap hari selama 3 hari berturut2.

9. Utk menyuburkan tanaman pula, gunakan air bilasan basuh kain sbg baja utk tanaman. Dikatakan bhn organik pd air bilasan kain dpt menyuburkan tanaman.

10. Utk meredakan demam panas atau sakit pening kepala, embunkan air rendaman kacang hijau semalaman. Selepas itu sapukan air ni ke kepala. Insya-allah panas akibat demam atau pening kepala akan reda.

11. Air juga merupakan petua utk penjagaan suara bagi yg gemar menyanyi dan mengaji. Selain dpd mengamalkan byk minum air suam, penjagaan suara boleh dibuat sewaktu mandi. Semasa mandi sedut air ikut hidung sehingga terasa berdengung di kepala. Amalan ini dikatakan dpt mengelakkan suara dpd pecah.

12. Utk awet muda pula, bila mandi, jirusan air hendaklah dimulakan dr kaki dan naik sehinggalah ke kepala. Begitupun menurut pakar perubatan, cara begini bagus diamalkan utk mengelakkan kejutan pd kepala dan jantung bila terkena air khususnya jika mandi awal2 pagi.

Menangi Hati Wanita

Salam, sekadar perkongsian. ...Berikut adalah petua ilmiah bagaimana anda boleh memenangi hati wanita kekasih anda. lanya dipetuakan oleh para bijak pandai setelah mengkaji apakah kesukaan wanita yang memang sentiasa mahukan perhatian. Tapi ingat, ia khas untuk suami isteri:
Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.
Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.
Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.
Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.
Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.
Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.
Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu, jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang dia hendak buat.
Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.
Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.
Akui perasaannya bila dia merasa marah.
Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.
Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.
Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.
Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.
Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung' . Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.
Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar, katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.
Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah, bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.
Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.
Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku, majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.
Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih. Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.
Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.
Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.
Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.
Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.
Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'.
Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari.
Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.
Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.
Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong itu.
Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.
Basuhkan kereta yang dipakainya.
Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia suka.
Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.
Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang, tengkuk dan kakinya.
Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.
Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.
Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.
Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.
Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.
Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.
Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.
Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.
Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.
Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.
Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.
Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.
Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit emudiannya.
Ambillah gambarya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.
Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.
Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.
Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terialu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.
Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.
Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.
Solat bersama dan berdoa bersama.
Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.
Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.
Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.
Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.
Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.
Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.
Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.
Bila dia memasak, pujilah masakannya.
Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.
Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.
Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.
Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.
Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.
Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.
Rancanglah untuk makan angin bersamanya.
Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.
Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.
Belikan untuknya makanan yang dia gemari.
Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.
Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untu membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya.
Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.
Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.

Rahsia SOLAT yang ramai tidak ketahui..... .

Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimum 5 kali sehari dengan air wudhu.

Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.
· Untuk menghilangkan stress, Cukup dengan memperbanyakkan solat.
Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

· Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN
· Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.
· Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
· Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Assalamua'laikum wr wb.........
..
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......
1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat
kita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi
kita di dalam kubur.
4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita
didalam kubur
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan
oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"
Wassalam.
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

10 Perkataan FAVORITEs Wanita

FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAKDE APA-APA
Ini bermakna “something” dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama ‘LIMA MINIT’ dan diakhiri dengan ‘FINE’.

PERGILAH!
(dengan kening terangkat) Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan ‘TAKDE APA-APA’ dan diakhiri dengan ‘FINE’. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna ‘mengalah’ atau ‘buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah’. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan ‘TAKDE APA-APA’, ‘FINE’ dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa ‘LIMA MINIT’ apabila dia dah sejuk.

MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. ‘MENGELUH YANG KUAT’ bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai ‘TAKDE APA-APA’.

MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. ‘MENGELUH YANG PERLAHAN’ membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan… dan dia akan kekal puas.

OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki.

‘OKAY LAH’
bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. ‘OKAY LAH’ selalunya digunakan dengan ‘FINE’ bersama ‘Kening Yang Terangkat’.

BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.

TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat ‘OKAY LAH’.

TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari ‘TERIMA KASIH’. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan ‘MENGELUH YANG KUAT’. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas ‘MENGELUH YANG KUAT’ kerana ini hanya akan membuat dia berkata ‘TAKDE APA-APA’.

20 Perkara Perempuan X Suka

1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-gerikekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalaunak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnyapertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pulasekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasihmereka… macammana tu?

3. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasaldan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelakiyang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lainkot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu.Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu keranaseolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu butasudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

4. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadisapabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahudihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari dirisendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking bolehlagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepakterajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan danjanganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifatbertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal keranasetiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah.Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

5. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasapsana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehariadakalanya habis sekotak rokok.. Kalau habiskan duit dengan makan bendaberfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidakmenyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apajuga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah.Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita jugadan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelakimereka membazirkan duit dengan merokok.

6. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoandan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelakimenjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpamempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyaikuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita.Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

7. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasanyang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yangmereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnyamereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudahberpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelakikerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifatberterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lamakelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

8. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih,mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambartanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

9. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpaperempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupunsedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidaksalah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga jugacik abang!

10. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka iniberkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem.Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita.Tapi,mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapimereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang padaparas rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… ada wanita yang lebihsuka mengutuk dari memuji… hahaha sedarlah!

11. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelakiselalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiritanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukankemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih…egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak bolehdiguna pakai.

12. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikanperhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yangberkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jikaberkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian.Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinyakerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dandimanjakan.

13.. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelakispedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasanyang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisahperempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pulayang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoanlelaki hilang pulak?!!

14. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengankerjaya.Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabiladiajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerjadan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak bolehlelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masabersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masamenemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanitani tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yangpengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata.Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang samaberulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikanbadan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasasegan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaumlelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Merekalemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi merekatidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita.Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan.Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepakataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalumementingkan kawan-kawan dalam banyak hal.. Sekali-sekala bolahlah,jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama temanwanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersamakawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalahpula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuaibercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih,mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlahanda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuatdemikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buatanda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau punperbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahuwalaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si diaterang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakatsikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-puratidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap andayang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap andaseperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasihsetiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyatasememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini takmengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akanterlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintaipasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apaakibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu harinanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda!Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot!Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem.Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejatidan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho keranawanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya andarasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklahsemacho yang disangkakan, tak guna juga!

NAMA YANG DILARANG DALAM ISLAM

Nama-nama Dilarang dalam Islam

Abkam
=
Tidak celik, buta
Abiqah
=
Hamba yang lari dari tuannya
Afinah
=
Yang bodoh
Asyar
=
Paling jahat
Asyirah
=
Yang tidak bersyukur atas nikmat
Amah
=
Hamba suruhan perempuan
Baghiah
=
Yang zalim, jahat
Bahimah
=
Binatang
Balidah
=
Yang bodoh, bebal
Bakiah
=
Yang menangis, merengek
Baqarah
=
Lembu Betina
Batilah
=
Yang batil, tidak benar
Dabbah
=
Binatang
Dahriyah
=
Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya
Dahisyah
=
Goncang, stress
Darakah
=
Kedudukan yang rendah
Daniyah
=
Yang lemah dan hina
Dami'ah
=
Yang mengalir air matanya
Fasidah
=
Yang rosak, yang binasa
Fasiqah
=
Yang jahat, si fasik
Fasyilah
=
Gagal, kalah
Fajirah
=
Yang jahat, yang berdosa
Faji'ah
=
Kecelakaan
Ghafilah
=
Yang lalai, yang leka
Ghailah
=
Kecelakaan, bencana
Ghaibah
=
Hilang
Ghasibah
=
Perampas, perompak
Ghamitah
=
Yang tidak mensyukuri nikmat
Ghawiah
=
Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu
Haqidah
=
Yang dengki
Hasidah
=
Yang hasad
Hazinah
=
Yang sedih
Huzn
=
Kesedihan
Khabithah
=
Yang jahat, yang keji
Khali'ah
=
Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Khati'ah
=
Yang bersalah, yang berdosa
Khasirah
=
Yang rugi
Khamrah
=
Arak
Jariah
=
Hamba suruhan perempuan
Jafiah
=
Yang tidak suka berkawan
Kaibah
=
Yang sedih
Kafirah
=
Yang kafir, yang ingkar
Kamidah
=
Yang hiba, yang sangat berduka
Kazibah
=
Pendusta, pembohong
Lahab
=
Bara api
Laghiah
=
sia-sia, tidak berfaedah
La'imah
=
Yang tercela
Lainah
=
Yang terkutuk
Lahifah
=
Yang sedih, menyesal dan dizalimi
Maridah
=
Yang menderhaka
Majinah
=
Yang bergurau senda tanpa perasaan malu
Majusiah
=
Agama menyembah api atau matahari
munafikah
=
Yang munafik
Musibah = Celaka, bencana, kemalangan
Nariah = Api
Nasyizah = Yang menderhaka dan melawan suami
Najisah = Yang najis dan kotor
Qabihah = Yang buruk, hodoh
Qatilah = Pembunuh
Qasitah = Yang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran
Qazurah = Kejahatan, perzinaan
Rajimah = Yang direjam, yang dilaknat
Razi'ah = Kecelakaan, musibah
Razilah = Yang keji dan hina
Sakitah = Yang jatuh, yang hina, yang jahat
Safilah = Yang rendah dan hina
Sahiah = Yang pelupa
Sakirah = Pemabuk
Syafihah = Yang bodoh
Syaridah = Yang diusir
Syaqiyah = Yang menderita
Syarrul Bariyyah = Sejahat-jahat manusia
Syani'ah = Yang buruk
Syarisah = Yang buruk akhlak
Syatimah = Maki hamun
Syariqah = Pencuri
Talifah = Yang rosak, yang binasa
Tarbiyah = Yang papa kedana
Tarikah = Anak dara tua
Tafihah = Karut
Talihah = Yang tidak baik
Yaisah = Yang berputus asa
Yabisah = Yang kering, yang sedikit kebaikannya
Wahinah = Penakut
Waqihah = Yang kurang sopan dan malu
Wasikhah = Yang kotor
Wasyiah = Yang mengumpat, yang mengadu dombakan orang
Wahimah = Yang lemah
Wahiah = Yang lemah, yang jatuh, yang buruk
Wajilah = Penakut
Wailah = Bencana, keburukan
Waqi'ah = Pertempuran dalam peperangan, umpatan
Zalijah = Kebinasaan
Zalilah = Yang hina
Zalimah = Yang zalim
Zaniyah = Penzina, pelacur
Zufafah = Racun pembunuh

TIDUR - 5 Perkara Perlu Dielakkan

JANGAN TIDUR DENGAN MEMAKAI JAM
JANGAN TIDUR DENGAR MEMAKAI PAKAIAN DALAM
JANGAN TIDUR DENGAN TELEFON BIMBIT

JANGAN TIDUR DENGAN MEMAKAI MAKE-UP

JANGAN TIDUR DENGAN SUAMI/ISTERI ORANG

Dah Kahwin Tapi Masih Mengangung Dosa Zina

TAJUK : ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL.. BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA...HIDUP SEBAGAI SEORG BERNAMA ISLAM JNG TERUSAN DLM KEJAHILAN.


Sesungguhnya, permasalahan ini berat.
Perhatikan soalan 1 - 5. Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak "pregnant luar nikah”, cepat cepat dikahwinkan.
Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... .
Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat... .

Tolong jangan abaikan email ini. Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami Dan dalami betul-betul Dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.

Mafhumnya:
Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam'.

WAHAI PARA SAHABATKU... .
INSAFI LAH DIRI.
USTAZ ROSLI AL HAFIZ.

Rahsia-Rahsia Pemakanan


Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab.. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur.
Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :
1) MADU Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai " shifa '" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.
CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. S angat merbahaya!
2) KISMIS Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
CARA MAKAN :
i) Menghadap Kiblat
ii) Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii) Baca doa penerang hati
iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v) Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.
3) SUSU SEGAR Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.
CARA MINUM :
i) Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii) Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w
4) TELUR Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif.
Sabda Nabi s..a.w, "Sesungguhnya seorang Nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur".
Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
5) HALIA Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.
CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.
6) LIMAU OREN Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.
7) BUAH DELIMA Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."
8) DAGING BURUNG MERPATI Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.
9) OTAK AYAM Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.
10) DAGING AYAM Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.
11) DAGING BIRI-BIRI Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.
12) HATI Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.
13) KEKACANG Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.
14) BUAH BADAM Untuk meningkatkan kecerdasan.
15) ZA'FARAN : KOMKOMA ( CROCOS SATIVUS ) Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.
16) KEMENYAN PUTIH ( kemenyan serani/luban/ kundar ) Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula..
17) BUNGA KOBIS Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.
18) BUNGA CENGKEH Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.
19) LABU Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.
20) BUAH KEDEKAI ( MAJALAWI ) Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.
21) MINYAK SAPI Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.
22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR Juga membantu meningkatkan akal dan memori
"Cukuplah Allah untuk (menolong kami), dan Dialah sebaik-baik pengurus (dan terserah kepadanya segala urusan kami)". (Surah Ali-Imran:173)

Gomorianz @ BUIHRIANZ

Blok Paling Best

GENG GOMO

Banner

Banner Gift From MIALIANA.COM