1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
2. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-gerikekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalaunak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnyapertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pulasekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasihmereka… macammana tu?
3. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasaldan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelakiyang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lainkot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu.Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu keranaseolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu butasudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!
4. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadisapabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahudihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari dirisendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking bolehlagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepakterajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan danjanganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifatbertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal keranasetiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah.Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!
5. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasapsana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehariadakalanya habis sekotak rokok.. Kalau habiskan duit dengan makan bendaberfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidakmenyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apajuga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah.Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita jugadan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelakimereka membazirkan duit dengan merokok.
6. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoandan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelakimenjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpamempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyaikuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita.Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
7. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasanyang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yangmereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnyamereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudahberpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelakikerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifatberterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lamakelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.
8. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih,mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambartanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.
9. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpaperempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupunsedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidaksalah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga jugacik abang!
10. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka iniberkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem.Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita.Tapi,mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapimereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang padaparas rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… ada wanita yang lebihsuka mengutuk dari memuji… hahaha sedarlah!
11. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelakiselalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiritanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukankemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih…egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak bolehdiguna pakai.
12. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikanperhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yangberkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jikaberkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian.Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinyakerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dandimanjakan.
13.. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelakispedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasanyang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisahperempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pulayang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoanlelaki hilang pulak?!!
14. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengankerjaya.Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabiladiajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerjadan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak bolehlelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masabersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masamenemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanitani tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…
15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yangpengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata.Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang samaberulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikanbadan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasasegan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaumlelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.
16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Merekalemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi merekatidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita.Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan.Buat apa terkejar-kejar?
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepakataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalumementingkan kawan-kawan dalam banyak hal.. Sekali-sekala bolahlah,jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama temanwanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersamakawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalahpula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuaibercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih,mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlahanda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuatdemikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buatanda pula.
18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau punperbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahuwalaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si diaterang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakatsikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-puratidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap andayang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap andaseperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasihsetiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyatasememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini takmengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akanterlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintaipasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apaakibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu harinanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda!Jujurlah pada pasangan anda.
20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot!Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem.Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejatidan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho keranawanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya andarasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklahsemacho yang disangkakan, tak guna juga!
YB-YB Tolong Baca dan Hadam
-
Harapkan pingat tak dapat
Harapkan projek tak dapat
Semua tak dapat takpa ...tak kisah...
Tapi kawan2 semua yang ada cuma minta satu saja..
Dulu kita kerajaa...
6 years ago




