BLOGGER TEMPLATES AND Google Homepages »

Nak Beli SUSU Anak, Klik Sini

Kotak CB

Ajar Anak Tentang Keselamatan Dijalanraya

Walaupun anak kita baru berusia seawal Satu Tahun lebih dan masih belum pandai bercakap, sememangnya dia sudah faham apa yang kita cakap.

Contonya macam Farrel Aqeef.
Masuk kereta terus tarik tali pingan keledar.

Duduk diam2 kat kerusi penumpang kerana aku yakin dia akan terjerit2 dengan bahasa perancisnya yg amat sukar aku fahami kalau dia diletakkan dalam baby seat!

Semoga amalan di alam sekarang akan kekal dan memakai tali pinggan keledar dapat mengelakkan kecederaan yg lebih parah.

Pengalaman Kemalangan Dengan memakai tali Keledar.
1. Tahun 2002 6am
Memandu dari Terengganu ke Johor dan terlibat kemalangan di Batu Pahat mengelakkan lori keluar simpang dan masuk dibawah lori. Disebabkan kelajuan aku dapat melepasi bawah lori tersebut tetapi berakhir melanggar pokok hiasan ditepi jalan. Putra188 kenangan ku hancur tetapi aku terselamat MUNGKIN disebabakan tali keledar.

2. Tahun 2004 balik kerja 11pm
Dalam hujan renyai2 aku amat konfiden memandu laju kerana suspension kereta sport lebih stabil dan selamat. Tetapi malam tu aku lupa yg paginya aku baru tukar sportrim baru dan tayar amat nipis.dengan kelajuan hanya 100kmj aku layan selekoh biasa tanpa apa2 perasaan tetapi kereta ku berpusing dan jatuh teping bergolek2 bkn dari kiri ke kanan ttp dari depan kebelakang. Kereta tak dapat diselamatkan tetapi aku terselamat tanpa sebarang luka MUNGKIN kerana tali keledar.

Selepas kejadian itu aku jadi pemandu berhemah. Alhamdulillah sehingga kini tiada lagi kemalangan teruk dan semoga kekal begitu selamanya.

P.S walaupun ke kedai runcit yg jaraknya hanya 500meter aku masih memakai tali pinggan keledar.

Gomorianz @ BUIHRIANZ

Blok Paling Best

GENG GOMO

Banner

Banner Gift From MIALIANA.COM