Peniaga ikan air tawar dapat untung besar 
Boleh dikatakan hampir semua jenis ikan air tawar dijual di gerai di tepi jalan sekitar daerah ini.
Menariknya, deretan gerai beroperasi enam hari seminggu itu turut menjual pelbagai jenis ubi.
Seorang peniaga di Gerai Majlis Daerah Setiu (MDS) di Kampung Nyatoh, Zainora Malek, 32, berkata, dia mampu memperoleh pendapatan lumayan pada setiap musim bah.
Hasil jualan ikan air tawar dan ubi cukup untuk menampung perbelanjaan persekolahan anaknya pada awal tahun.
“Biasanya, permintaan pelanggan meningkat dan kami di sini menjual ikan air tawar selama tiga bulan bermula bulan ini, tetapi turut bergantung kepada bekalan ikan diperoleh,” katanya ketika ditemui di kedainya di Gerai MDS, di Nyatoh di sini, semalam.
Pelbagai jenis ikan air tawar dijual pada harga antara RM6 hingga RM14 sekilogram dan Zainora mendapatkan bekalan ikan daripada penduduk kampung yang kebanyakannya pesawah di sekitar kawasan itu.
“Gerai ini dibuka lima atau enam hari seminggu. Di sini, musim tengkujuh bagaikan pesta ikan air tawar.
“Semua jenis ikan ada dijual dan ramai pengguna jalan raya akan berhenti untuk membelinya. Kami bersyukur kerana setiap kali datangnya musim tengkujuh rezeki bertambah,” katanya.
Katanya, ikan air tawar seperti haruan dijual dengan harga RM6 sekilogram, puyu (RM6), baung (RM14), keli (RM10) dan sebarau (RM10) manakala udang sungai pada harga RM14 sekilogram.
Zainora memberitahu, selain ikan air tawar, pelbagai jenis ulam-ulaman dan ubi turut dijual sepanjang musim ini.
Sumber-Sinar Harian
YB-YB Tolong Baca dan Hadam
-
Harapkan pingat tak dapat
Harapkan projek tak dapat
Semua tak dapat takpa ...tak kisah...
Tapi kawan2 semua yang ada cuma minta satu saja..
Dulu kita kerajaa...
6 years ago




