BLOGGER TEMPLATES AND Google Homepages »

Nak Beli SUSU Anak, Klik Sini

Kotak CB

Yusmira Trading Dan Red Warrior - Piala Malaysia

Yusmira Trading kecewa dengan kekalahan

KOTA BHARU- Pengarah Urusan Yusmira Trading Sdn.Bhd, Datuk Azlan Muhammad sebelum ini menawarkan ganjaran sebanyak RM55,000 kepada pasukan Red Warrior’s jika berjaya menjuarai Piala Malaysia musim ini.

Memandangkan pasukan kelahirannya tewas di tangan pasukan Negeri Sembilan, 3-1, ganjaran tersebut tidak dipenuhi akibat tewas di perlawanan akhir Piala Malaysia.

Menurutnya, ganjaran insentif itu ditawarkan dengan harapan agar dapat memberikan suntikan semangat kepada pemain Kelantan agar dapat melakar sejarah untuk menjulang Piala Malaysia.

“Dalam keadaan ini, Yusmira Trading boleh dikatakan menang kerana tidak perlu memberikan ganjaran kepada Red Warriors. Bukan kerana saya mendoakan kekalahan tersebut tetapi pasukan ini yang tewas.

“Seperti yang telah dijanjikan ganjaran tersebut tidak akan dipenuhi sedangkan saya sendiri ke Stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berdukacita dengan kekalahan tersebut malah kecewa dengan persembahan yang telah dipamerkan pemain Kelantan.

“Memang berat untuk saya meluahkan kekecewaan saya kerana sebagai peminat pasukan Kelantan, persembahan mereka amat mengecewakan tidak seperti perlawanan lalu di peringkat kumpulan, suku dan separuh akhir perlawanan mereka berjaya menggembirakan penyokong sendiri.

“Pasukan kita dilihat tidak berpeluang sedangkan kedua-dua pasukan sama hebat. Kalau pasukan kita tewas, 1-0, saya boleh terima tetapi dalam perlawanan kelmarin pasukan kita bermain dengan hambar,” katanya.

Azlan berkata, dengan kehadiran ribuan penyokong yang hadir untuk menyaksikan perlawanan tersebut dihampakan dengan permainan yang mengecewakan.

“Walau bagaimanapun, saya tetap bersyukur yang pasukan ini berjaya ke peringkat akhir dan kita selaku penonton perlu akur dengan kekalahan tersebut.

“Rasanya peminat setia negeri Kelantan telah lama menantikan kejayaan seperti ini dan peluang untuk menjuarai Piala Malaysia yang telah ditunggu selama 39 tahun disia-siakan begitu sahaja,” katanya.

Sumber- Sinar Harian

Gomorianz @ BUIHRIANZ

Blok Paling Best

GENG GOMO

Banner

Banner Gift From MIALIANA.COM