BLOGGER TEMPLATES AND Google Homepages »

Nak Beli SUSU Anak, Klik Sini

Kotak CB

Buatlah Isteri Rasa Dicintai

Perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk membina perkahwinan yang bahagia adalah dengan belajar bagaimana membuat isteri anda merasakan dirinya dicintai. Jika isteri anda tidak merasa dicintai, dia tidak akan bahagia. Perkara ini boleh menyebabkan perceraian atau pertelingkahan dalam kes yang melampau. Belajar membuat isteri anda merasa dicintai sebenarnya perkara yang cukup mudah untuk dilakukan jika anda bersedia untuk berusaha. Panduan ini di bawah ini akan menunjukkan kepada anda bagaimana.

  • Peluklah isteri anda setiap hari. Perempuan sangat responsive dengan pelukan dan akan membantu mereka melihat sebanyak mana anda pedulikan mereka. Luangkan masa untuk berpelukan tanpa ada alasan.
  • Ucapkan “I love you” atau “Saya Cintakan Awak” secara teratur. Ramai wanita hidup dengan lelaki yang menganggap bahawa mereka (para isteri) sudah tahu . Mengucapkan kata-kata tersebut akan membantu isteri anda untuk merasa dicintai.
  • Tambahkan masa dan usaha di sekitar rumah dan dengan anak-anak-anak. Jangan menunggu isteri anda untuk melakukan segala galanya di sekitar rumah. Bangun dan ringankan tulang anda. Ini menunjukkan anda seorang yang prihatin kepada tanggungjawap seorang isteri.
  • Libatkan diri anda dalam impian nya. Beri galakan kepada isteri anda untuk berusaha mendapatkan apa yang diingininya. Berikannya masa dan kesempatan untuk berkongsi harapan dan impian. Menetapkan arah hidup sebagai pasangan untuk mencapai impiannya akan menunjukkan betapa ia dicintai.
  • Ketahuilah perkara-perkara yang kebanyakan lelaki tidak. Ingat bunga kegemarannya dan jenis coklat kesukaannya. Perkara yang kecil dapat menggembirakan hatinya
  • Berikan perhatian khusus pada setiap kesempatan. Ini sangat mudah dan sangat bermanfaat untuk perkahwinan anda. Mandikan isteri anda dalam cahaya lilin, surprise kan dia dengan makan malam atau makan pagi. Lakukan dengan cara anda sendiri.
  • Dengar nasihatnya ketika ada masalah. Anda dan isteri anda adalah sebuah pasukan, dan anda harus mengizinkannya untuk menyumbang bakatnya. Lelaki cenderung untuk mengambil alih ketika masalah sedang menghadapi masalah menyebabkan isteri merasa tidak diperlukan.

Gomorianz @ BUIHRIANZ

Blok Paling Best

GENG GOMO

Banner

Banner Gift From MIALIANA.COM