BLOGGER TEMPLATES AND Google Homepages »

Nak Beli SUSU Anak, Klik Sini

Kotak CB

RM10,000.00 Utk setiap seorang skuad Penyu





Datuk Seri Ahmad Said berucap di hadapan kira-kira 10,000 orang yang meraikan kemenangan Terengganu bagi Piala FA di Dataran Shahbandar semalam. - Gambar Harith Fadzilah.

Skuad bolasepak Terengganu yang menjuarai Piala FA, menerima ‘durian runtuh’ berupa wang tunai RM10,000 setiap seorang daripada kerajaan negeri, sebagai ganjaran kemenangan tersebut.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata imbuhan itu merupakan ganjaran tambahan kepada para pemain dan pengurus pasukan skuad berkenaan yang sebelum ini dijanjikan hadiah berupa lawatan ke London jika mereka memenangi piala tersebut.

Selain itu, setiap pemain juga akan diberi hadiah berupa komputer riba hasil sumbangan Syarikat Top IT, sebagai penghargaan kepada mereka yang telah mengharumkan nama negeri ini.

Beliau menyatakan perkara itu pada majlis meraikan pemain Piala FA dan atlet Sukma di Dataran Shahbandar, malam semalam.

Hadir sama, Penasihat Undang-Undang, Noorbahri Baharuddin; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Abdul Razak Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Rozi Mamat; Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh dan Ketua Kontijen Sukma Terengganu, Datuk Wan Ahamad Wan Muda.

Terengganu melakar sejarah apabila menjuarai Piala FA setelah menewaskan pasukan Kelantan 2-1 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Menteri Besar mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang bertungkus lumus berusaha bagi meningkatkan kecemerlangan pemain pasukan bola sepak dan atlet Terengganu

Gomorianz @ BUIHRIANZ

Blok Paling Best

GENG GOMO

Banner

Banner Gift From MIALIANA.COM