BLOGGER TEMPLATES AND Google Homepages »

Nak Beli SUSU Anak, Klik Sini

Kotak CB

Parking Bertingkat di terengganu



Parkir Automatik Pertama Di Malaysia Beroperasi
Ahmad Said melakukan perasmian parkir jenis Rotary di Kuala Terengganu, kelmarin - Gambar Zul Putra.


Oleh Mohamad Shahrir Hamid (Pelatih UKOM)

Parkir Automatik (Rotary Type) yang pertama dibina di negara ini, memulakan operasi kelmarin (2 Feb 2011) dengan tawaran meletak kereta secara percuma selama satu minggu.

Pencetus idea pembinaan parkir berharga RM 9.8 juta itu, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said, merasmikan bangunan itu yang terletak di Jalan Batas Baru, dan kini menjadi kebanggaan rakyat Terengganu itu.

Parkir percuma diberikan kepada pengguna kenderaan yang menggunakan kemudahan canggih diilhamkan kepakaran teknologi dari China bermula semalam (3 Februari) dalam usaha memahirkan pengguna tentang teknologi baru itu.

“Saya bangga kerana Terengganu mempunyai parkir automatik pertama seumpamanya di negara ini dan menyelesaikan masalah pengguna jalan raya terutama dalam Bandaraya Kuala Terengganu meletakkan kenderaan mereka,” jelas Ahmad Said.

Beliau juga berharap ramai pengguna akan menggunakan kemudahan yang telah disediakan kerajaan itu demi kesenangan serta keselesaan rakyat.

Beliau berkata, hanya London dan Tokyo sahaja yang menggunakan Rotary Type seumpama itu dalam usaha menjimatkan penggunaan kawasan serta keselamatan kenderaan lebih terjamin.

Pembinaan Rotary Type memakan masa tidak sampai setahun bermula 9 Mei 2010 dan siap sepenuhnya Disember 2010. Parkir tersebut mampu memuatkan lebih 200 buah kereta pada suatu masa serta 32 kenderaan pelbagai guna (MPV).

Caj RM 2.50 dikenakan pada 1 jam pertama bagi pengguna bersesuaian dengan teknologi canggih tersebut. Bagi jam seterusnya mereka perlu membayar RM1 setiap jam.

Seramai dua pekerja bertanggungjawab mengendalikan parkir automatik rotary type yang telah memulakan operasinya hari ini. Pada masa yang sama, beliau menafikan sekeras-kerasnya tuduhan pembangkang pembinaan parkir tersebut dijalankan selepas ditolak oleh negeri lain.

Menteri Besar juga telah mengenal pasti beberapa jalan utama di negeri ini bakal dibaik pulih bagi memberi keselesaan maksimum kepada pengguna jalan raya serta melicinkan kesesakan lalu lintas.

“Kita akan membuka jalan tiga lorong sekiranya perlu bagi mengelak kesesakan lalu lintas dan perkara ini akan dipantau dari semasa ke semasa bagi memastikan keselesaan serta keselamatan pengguna jalan raya bersesuaian dengan moto ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’,” katanya.

Gomorianz @ BUIHRIANZ

Blok Paling Best

GENG GOMO

Banner

Banner Gift From MIALIANA.COM