BLOGGER TEMPLATES AND Google Homepages »

Nak Beli SUSU Anak, Klik Sini

Kotak CB

TM RUGI DI KELANTAN ??? BETOL KE


Telekom Malaysia Berhad (TM) Kelantan terpaksa menanggung kerugian RM4.32 juta untuk membaik pulih perkhidmatannya berikutan kadar jenayah kecurian kabel meningkat tahun lalu.

Pengurus Besar TM Kelantan, Abd Rashid Che Othman berkata, kadar jenayah kecurian kabel di negeri meningkat sebanyak 27 peratus dengan bilangan kes 948 pada 2010 berbanding 747, tahun sebelumnya.

“Maka, kita menanggung kos kerugian sebanyak RM4.32 juta, bagi membaik pulih semua kemudahan dan perkhidmatan untuk pengguna di sini.

“Ini bukan sahaja merugikan TM, malah menyebabkan seramai 37,365 pelanggan di seluruh negeri mengalami kesulitan kerana mengalami gangguan kemudahan sistem telekomunikasi penting itu dan kemudahan Internet.

“Ini menjadikan Kelantan negeri ke empat tertinggi selepas Johor yang terbabit dengan jenayah kecurian kabel,” katanya kepada Sinar Harian, selepas menyampaikan sagu hati dan sijil penghargaan kepada penduduk yang mematahkan cubaan mencuri kabel TM sepanjang tahun lalu di Kampung Limau Purut, semalam.

Sumber

Kata Taming Sari :

Inilah bukti bahawa PAS Kelantan gagal dalam membangunkan negerinya dan gagal dalam memupuk di dalam jiwa rakyatnya menghayati dan mengamalkan ajaran Islam.

Pertamanya, gagal dalam membangunkan negeri Kelantan menyebabkan ramainya penganggur di negeri itu. Akibat dari peluang perkerjaan yang sangat terhad, maka ramailah dikalangan penganggur mengambil jalan pintas dengan mencuri untuk mendapatkan pendapatan segera.

Keduanya PAS gagal memupuk dan membawa roh Islam di jiwa rakyat Kelantan menyebabkan mereka kini lebih bertopengkan roh PAS. Sikap roh PAS adalah seperti menjadi seorang perompak, pencuri, ganas, bengis, jahiliah dan bodoh. Jika mereka benar-benar menghayati ajaran Islam, sudah pastilah Kelantan akan kurang kadar jenayah dan pastinya Telekom Malaysia tidak mengalami kerugian seperti itu.

kredit utk TAMING SARI

Gomorianz @ BUIHRIANZ

Blok Paling Best

GENG GOMO

Banner

Banner Gift From MIALIANA.COM