BLOGGER TEMPLATES AND Google Homepages »

Nak Beli SUSU Anak, Klik Sini

Kotak CB

Aku Juga Nak Jerteh Membangun

Jertih Souq & janji pilihan raya Idris

Status bandar Jertih di utara Terengganu, yang dianggap sebuah pekan lama dijangka berubah wajah apabila proses pembangunan bandar itu dilaksanakan menerusi ‘Projek Jertih Souq’.

Itu janji bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga ADUN Jertih.

Jertih Souq atau ‘Pasar Jertih’ dijanjikan akan dibangunkan berkonsepkan pembangunan mesra alam dan akan dibangunkan dalam dua fasa mulai tahun 2006 dan dijangka siap akhir tahun depan bagi memberi imej baru kepada pusat perdagangan dan kewangan daerah Besut, Terengganu.

Ia dikatakan akan menjadi daya tarikan baru kepada penduduk daerah Besut dan pintu masuk utama ke Terengganu dari utara.

Pelbagai kemudahan termasuk hotel, taman bandar, medan makan, bazar, pasar utama, 400 unit pusat pameran dan perniagaan, terminal bas dan kereta sewa serta 1,200 petak tempat letak kereta akan disediakan.

Menurut perancangan itu pembangunan semula di kawasan lapan hektar itu akan menjadi bandar Jertih antara bandar serba moden di negeri ini.

Pembinaan Jertih Souq yang tidak mengabaikan keindahan alam semula jadi berhampiran seperti sungai dan kampung tradisional dijangka menjadi daya tarikan pelancong.

Malah, keunikan bandar ini akan lebih terserlah dengan Masjid Hadhari di pinggir Sungai Besut yang bersambung dengan kawasan pembangunan Jertih Souq.

Reka bentuk bangunan berasaskan tradisi dan seni bina Islam akan memberi lebih perhatian kepada pencinta seni bina apabila hampir keseluruhan premis baru dibina berkonsepkan seni bina Melayu dan Islam.

Laporan Bernama pula menyebut lebih 300 peniaga kecil bumiputera di Jerteh bakal menjalankan perniagaan dalam suasana kondusif apabila projek Jertih Souq menjadi kenyataan.

Pojek bernilai RM70 juta itu dapat menempatkan perniagaan barangan basah dan kering di pasar serba moden serta menjadikan bandar Jerteh sebagai pusat pertumbuhan ekonomi yang baru di utara Terengganu.

"Sebelum ini peniaga di pasar Jertih bukan sahaja menghadapi pelbagai masalah seperti bumbung bocor, bau busuk dan ruang niaga yang sempit menyebabkan pengguna beralih ke tempat lain," katanya ketika melawat pasar Jertih tidak lama dahulu.

Beliau membuat kenyataan itu pada lawatan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jertih pada pilihan raya umum 2008 lalu bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Abdullah Md Zin, yang juga mempertahankan kerusi Parlimen Besut.

Idris berkata pembangunan Jertih Souq meliputi pembinaan infrastruktur secara bersepadu yang membabitkan kawasan sepanjang 700 meter dari Kampung Balik Bukit melalui pesisir Sungai Jerteh sehingga ke Masjid Hadhari di bandar berkenaan.

Beliau berkata projek fasa pertama membabitkan pembinaan terminal bas dan kereta sewa yang moden serta lot kedai yang dibina berkonsepkan bazar di samping taman dan medan selera bertaraf empat bintang.

Manakala fasa kedua pula membabitkan, antaranya, pembinaan hotel bertaraf empat bintang, dewan besar dan teater serta gelanggang sukan boling dan futsal, katanya.
Perkataan "Souq" diambil daripada perkataan Parsi yang membawa maksud "deretan kedai-kedai kecil", sesuai dengan konsep pembinaan pusat perdagangan tersebut.
Namun selepas lebih setahun setengah pilihan raya berlalu, Jerteh Souq bagaikan ‘tidak bergerak’.

Keadaan itu menyebabkan sebuah laman web varu-baru ini mendakwa tidak pernah ada secara rasminya apa yang digembar-gemburkan sebagai Jerteh Souq, sebagaimana di paparkan papan tanda mega projek tersebut yang sudah semakin usang disini.

Sekiranya diteliti, tender yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah Besut (MDB) pada bulan Jun tahun 2006 adalah Membina & Menyiapkan Bangunan Perniagaan & Kemudahan Di Medan Selera, Jerteh (MDB.01/05/06).

Dengan makna lain, Jerteh Souq adalah nama ‘politik’ yang digunakan untuk propaganda dan supaya ia dilihat lebih hebat oleh bekas Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Idris Jusoh.

Tinjauan yang dibuat oleh sebuah laman web ke bandar Jerteh baru-baru ini mendapati projek mega tersebut sedikit pun tidak mengalami apa-apa perubahan sejak tinjauan dibuat pada Februari tahun lalu (2008).

Ketika lalu untuk masuk ke tapak pembinaan ’Jerteh Souq’, wartawan laman itu mendakwa sempat berbual kepada seorang peniaga kecil-kecilan yang menjaja ’petai’ berhampiran pintu zink disitu.

Apabila ditanya, bila ’Jerteh Souq’ itu akan siap, beliau menjawab ringkas, ”tunggu Haji Deris naik semula (jadi MB)”.

Tanpa meneruskan pertanyaan, beliau sendiri berkata, ”nak siap guano, pitih abih doh!”. ”Tu semo kerjo puok-puok dio lah,”katanya lagi.

Menurut laman web berkenaan, walaupun kerja-kerja yang telah dilaksanakan bagi pembinaan tersebut agak minimum, namun tuntutan yang dibuat keatas kerja yang telah dilaksanakn melebihi dari sepatutnya.

Ini bermakna kerja-kerja pembinaan 'Jerteh Souq' tersebut kini terbengkalai.

Persoalan ialah apakah projek ini akan diteruskan atau dibatalkan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said?

Ahmad Said perlu menyatakan pendirian kerajaan negeri mengenai projek ini kerana ia adalah antara projek utama Barisan Nasional di bawah kepimpinan Idris.

Malah, dilihat kepada janji Idris, Jerteh Souq adalah antara inti kepada manifesto Idris untuk menang di Jerteh pada pilihan eaya umum lalu.

Gomorianz @ BUIHRIANZ

Blok Paling Best

GENG GOMO

Banner

Banner Gift From MIALIANA.COM