BLOGGER TEMPLATES AND Google Homepages »

Nak Beli SUSU Anak, Klik Sini

Kotak CB

TM dan P1 Bergabung

Tawar HSBB infrastruktur TM

Oleh Syarifah Dayana Syed Bakri
dayana@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
 METERAI...Lai (kiri) dan Zamzamzairani menyerahkan dokumen perjanjian kerjasama antara TM dan P1 di Kuala Lumpur, semalam.
METERAI...Lai (kiri) dan Zamzamzairani menyerahkan dokumen perjanjian kerjasama antara TM dan P1 di Kuala Lumpur, semalam.

TELEKOM Malaysia Berhad (TM) dan Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd (P1) menjalin kerjasama bagi penawaran perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) menggunakan infrastruktur TM dalam usaha merapatkan jurang digital dan membawa inovasi ke rumah untuk urusan kerja atau perniagaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd Isa berkata, kerjasama itu sebahagian daripada usaha meluaskan pelaksanaan HSBB negara khususnya selepas menjalin usaha sama dengan dua pengendali telekomunikasi iaitu Celcom Axiata Berhad dan Maxis Berhad.


"Kerjasama dengan P1 bukan saja menggambarkan hasrat TM untuk menjalin rangkaian dengan industri, tetapi mengukuhkan lagi kedudukan TM sebagai pembekal perkhidmatan secara pukal," katanya selepas majlis menandatangani kerjasama yang disaksikan Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, perjanjian itu adalah untuk tempoh 10 tahun dan dijangka dapat memacu pertumbuhan memberangsangkan khususnya industri telekomunikasi.


Dalam pada itu, katanya pegangan saham asing dalam TM meningkat kepada 18 peratus daripada 10 peratus, mencerminkan keyakinan pelabur terhadap negara dan syarikat.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif P1, Michael Lai berkata, P1 adalah pengendali jalur lebar pertama yang menawarkan kombinasi jalur lebar tanpa wayar 4G dan fiber optik yang dijangka dapat memberikan kelajuan premium kepada pelanggan.

"Pelanggan kami akan menikmati pakej lengkap dengan kapasiti tinggi di dalam atau di luar rumah memandangkan purata penggunaan 12 gigabit (GB) setiap bulan," katanya.


Menurutnya, perkhidmatan berkenaan akan ditawarkan bermula suku pertama tahun depan, malah P1 dijangka menawarkan Televisyen Protokol Internet (IPTV) dan Video Atas Permintaan (VOD).

Ketika ini, TM menawarkan perkhidmatan HSBB kepada 1.04 juta premis sedia dipasang di 77 kawasan ibu sawat di seluruh negara dan melabur sehingga RM8.9 bilion untuk projek HSBB dengan kerajaan menyumbang sebanyak RM2.4 bilion.




Sent Via iPhone 3Gs

Gomorianz @ BUIHRIANZ

Blok Paling Best

GENG GOMO

Banner

Banner Gift From MIALIANA.COM