BLOGGER TEMPLATES AND Google Homepages »

Nak Beli SUSU Anak, Klik Sini

Kotak CB

Tiket Raya Ke Pantai Timur HABIS???




KTM Berhad semalam mengumumkan tiket keretapi ke Pantai Timur bagi tempoh 26 hingga 29 Ogos telah habis dijual.

KTM Berhad dalam satu kenyataan semalam menyebut penambahan koc bagi laluan tersebut akan dipertimbang dan sebarang pengumuman berhubung perkara itu akan dibuat pada pertengahan bulan ini.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, tiket untuk sektor Utara, Selatan dan Tengah masih boleh dibeli.

Sejumlah 62,304 tiket disediakan bagi penjualan sebelum hari raya, iaitu dari 20 Ogos hingga 30 Ogos, dan sehingga 2 petang ini, sebanyak 27,990 telah dijual.

Baki 34,314 tiket masih boleh dibeli di kaunter KTM Intercity di seluruh negara.

Menurut kenyataan itu, tiket beberapa laluan yang habis dijual adalah Kuala Lumpur-Hatyai (Ekspres Senandung Langkawi No 20) bagi tarikh 26 hingga 28 Ogos, Hatyai-Kuala Lumpur (Ekspres Senandung Langkawi No 21, 25-26 Ogos) dan Kuala Lumpur-Tumpat (Ekspres Senandung Wau No 28, 25-29 Ogos).

Turut habis dijual ialah tiket bagi laluan Singapura-Tumpat, tiket Ekspres Sinaran Timur No 14 pada 25 hingga 29 Ogos dan Ekspres Sinaran Timur No 26 (24 -29 Ogos).

Sementara Tinjauan Utusan Malaysia ke beberapa hentian bas di sekitar ibu kota Kuala Lumpur semalam mendapati ada syarikat bas yang sudah menjual habis tiket sempena Aidil Fitri.

Kerani kaunter bas Mahligai Express di Hentian Putra, Siti Juliana Ariffin, 21, berkata, tiket untuk ke Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu sudah habis dijual bagi tarikh 25 hingga 28 Ogos.

Katanya, sudah hampir sebulan tiket bas sempena hari raya ke destinasi tersebut dijual kerana mendapat permintaan yang banyak daripada warga kota terutamanya golongan pelajar.

"Bagi 25 Ogos masih ada beberapa lagi tiket pada waktu pagi tapi tempatnya amat terhad kerana permintaan untuk tiket pada tarikh-tarikh tersebut amat tinggi.
"Ramai memilih untuk membeli tiket lebih awal kerana bimbang kehabisan tiket," katanya.

Sementara itu, kerani bas Konsortium Mutiara di hentian sama, Mohd. Juzairi Zulkifli, 26, berkata, tiket di kaunternya untuk destinasi yang sama turut habis bagi tarikh 26 hingga 28 Ogos.

"Namun sebelum dan selepas tarikh itu masih ada. Buat masa ini, kami belum menetapkan sama ada akan ada bas tambahan kerana ia bergantung pada permintaan. Mungkin bas tambahan ada bila hampir dengan hari raya," ujarnya.

Di Hentian Puduraya pula, penjual tiket Etika Delta Sdn. Bhd, Ahmad Tarmizi, 30, berkata tiket bas bagi perjalanan ke utara bagi syarikatnya sudah mula dijual sejak 15 Julai lalu.

"Buat masa ini, masih belum ramai lagi yang datang membeli tiket bas berbanding tahun lepas. Ini mungkin kerana masih awal lagi atau pun banyak yang memilih untuk membawa kenderaan sendiri," ujarnya.

Di samping itu, tinjuan ke beberapa kaunter di Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) mendapati bahawa tiket bas sempena hari raya bagi destinasi selatan masih belum lagi dijual dan dijangka akan mula dijual dalam masa seminggu lagi.

Sent via iPhone 4G

Gomorianz @ BUIHRIANZ

Blok Paling Best

GENG GOMO

Banner

Banner Gift From MIALIANA.COM